Tips mudah membawa trafik
1 . Hantar Press release
Kaedah ini amat berkesan jika blog itu adalah yang berbahasa inggeris kerana PR untuk blog bahasa melayu masih kurang di Malaysia .
2 . Memasukkan link pada ruangan tandatangan ( signature )
Sertai forum yang berkaitan dengan citarasa dan juga minat anda . Bagi komen yang membina semasa menyertai forum tersebut . Jangan sesekali SPAM dan selepas memberi komen masukkan alamat url blog anda di raungan signature tersebut . Ini dapat membantu meningkatkan trafik ke sesebuah blog atau website .
3 . Bertukar link
Pertukaran link ini boleh dilakukan antara kawan – kawan atau blog yang berkaitan .
4 . Optimize sesebuah post yang disediakan di search engine .
Pastikan tajuk serta artikel yang telah disediakan mempunyai keyword utama yang ingin kita optimasikan di search engine . Isi kandungan dan anchor text juga penting supaya ia terdiri daripada keyword yang anda mahukan .
5 . Ping servis blog
Ping kan Penyedia Perkhidmatan Ping untuk memaklumkan kepada mereka blog baru anda baru menyiapkan sebuah post yang baru . Melalui servis atau perkhidmatan ini , ia membolehkan adanya komunikasi antara sebuah blog dengan blog yang lain kerana orang lain akan mendapat maklumat yang cepat sekiranya maklumat didalam blog kita telah dikemaskinikan .
6 . Join Myblog
Ia adalah salah satu cara yang paling popular dan telah terbukti keberkesannya dapat membawa trafik yang tinggi ke sesebuah blog .

