Pengertian kehidupan
Hidup adalah sebuah perjuangan …
perjuangan untuk mencari sebuah kebahagiaan yang diidamkan oleh manusia …
semua manusia punya harapan serta cita – cita yang tinggi …
oleh kerana itu maka ramai manusia yang bekerja keras dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang diidamkannya…
namun tidak semua yang diidamkan itu berjaya diperoleh atau dimiliki …
Kerana itu…maka ramai yang menyalahkan takdir apabila sesuatu yang diidamkan itu gagal dipeoleh ..
mereka menganggap bahawa Tuhan telah berlaku tidak adil pada mereka kerana tidak memberi apa yang dimahukan oleh mereka …
itulah manusia …
Disini saya ingin berkongsikan sebuah kisah yang menunjukkan betapa Tuhan adalah Maha Pengasih dan Penyayang … dan hanya dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba- hambanya …
marilah kita sama – sama renungkan kisah ini ….
RAMA DAN BUNGA
Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.
Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya
Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempuh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik
Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!
Cara Allah sentiasanya cara terbaik,
Walaupun kelihatan semuanya salah.
Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.
Apa yang and pinta tidak semestinya apa yang diperlukan!
Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan,teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.
DURI hari ini Adalah BUNGA hari esok!
ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA
Renung2kan lah …. Sesungguhnya kita manusia hanya mampu merancang namun Tuhan yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita …


