Cinta dan airmata
Cinta … semua org tahu yang cinta itu indah ..
Apabila seseorang dilamun cinta , maka kita akan terasa bagai di awan- awangan …
Punya semangat yang tinggi untuk hidup dan melakukan sesuatu pekerjaan ..
Hidup pula terasa terlalu bahagia .. kerana punya teman untuk berkongsi segala – galanya ..
Cinta mampu membuat seseorang itu bagaikan disanjung tinggi hidupnya ,
hidup terasa penuh bermakna apabila ada cinta ..
Segala kekosongan dan kesunyian didalam hati dapat diisi dengan cinta …Itulah kehebatan sebuah cinta
Namun ..kita perlu sedar ……
bahawa perjalanan hidup ini bukan ditentukan oleh kita ..
kita manusia hanya mampu merancang ..tapi Tuhan yang menentukan segalanya …
Manusia selalunya mudah hilang arah pabila menemui kegagalan dalam percintaan ..
dunia dirasakan sudah berakhir dan semngat untuk hidup juga mulai luntur …
Tapi sebagai seorang manusia yang mempunyai pegangan agama …
kita mesti berani menerima hakikat …
tidak semua percintaan berakhir dengan perkahwinan …
mungkin disebalik semua kepahitan … ada sinar bahagia yang sedang menanti kita …
malah mungkin yang akan hadir selepas itu adalah yang terbaik untuk hidup kita …
Tuhan maha mengetahui tentang setiap makhluknya …
Dia akan mengurniakan apa yang diperlukan oleh makhluknya …
kerana Dia adalah maha pengasih dan juga maha penyayang ….

