Rahsia ayat pengasih
Ayat pengasih nabi yusuf
Ayat pengasih adalah ayat yang digunakan untuk membuatkan seseorang manusia atau golongan masyarakat supaya merasa sayang kepada seseorang individu. Namun begitu , kita tidak boleh merasa taksub atau takabur apabila mengamalkan ayat pengasih kerana ia hanyalah sebagai salah satu usaha dan hanya Alllah jualah yang akan memakbulkan usaha kita itu .
Ayat pengasih yang dimaksudkan adalah surah nabi Yusuf ayat 4 dan juga Surah Thaha ayat 39 .
Kedua – dua ayat ini dibaca apabila bertemu dengan kekasih ataupun suami . Memadailah membaca di dalam hati dan untuk kesan yang lebih mujarab , amalkan membaca kedua – dua ayat ini apabila berhadapan dengan mereka .
Untuk dikasihi oleh golongan masyarakat pula , amalkan membaca ayat – ayat ini selepas solat secara isthikhamah sebanyak 3 kali .
InsyaAllah , Tuhan akan memakbulkan doa dan juga permintaan kita jika kita benar – benar ikhlas .

